Thursday, 6 February 2014

BERITA BAIK KEPADA SEMUA PARA REMAJA DAN BELIA KATOLIK DI SELURUH SABAH

PERHATIAN KEPADA SEMUA PARA REMAJA DAN BELIA KATOLIK

Berikut adalah informasi penting yang kita perlu kongsikan kepada teman-teman kita. Mari kita pigi ramai-ramai untuk melihat Tuhan. Hehe ramai-ramai kita bawa supaya ramai-ramai kita menuju ke tujuan kita iaitu memasuki Kerajaan Syurga.

MISA KUDUS KHUSUS UNTUK PARA REMAJA DAN BELIA DI SELURUH SABAH

Anjuran: Kongregasi Para Sister Putri Karmel dan Brother CSE 

Tarikh : 9 Februari 2014 (Hari Ahad)

Masa  : 9:30 Pagi (Sesi Katekese)
            10:30 Pagi (Misa Kudus)

Tempat : Pertapaan Karmel Kaingaran, Tambunan, Sabah

Yuran : PERCUMA (Tiada sebarang yuran dikenakan.)

Pesanan:
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 0111-8058158.

Sekian, terima kasih. Tuhan memberkati.


Salam Daripada:
Editor







Sambutan Tahun Baru Cina oleh Sel St. Therese Of Lisieux

SEL ST. THERESE OF LISIEUX MERAYAKAN TAHUN BARU CINA PADA 3 FEBRUARI 2014

SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN KTM YANG MERAYAKANNYA DI MANA SAHAJA ANDA BERADA. 

SEKADAR PERKONGSIAN KEPADA ANDA SEMUA, SEL ST. THERESE OF LISIEUX TELAH MERAYAKAN TAHUN BARU CINA DI RUMAH SALAH SEORANG ANGGOTA SEL MEREKA IAITU SAUDARI ELIZABETH WONG DI JALAN KK HIGH SCHOOL, HOUSE NO. 28. RUMAH TERBUKA INI TELAH DISERTAI OLEH ANGGOTA SEL, ANGGOTA KELUARGA DAN TEMAN RAPAT. 

SEBELUM ACARA FELLOWSHIP IAITU MAKAN JAM 1:30 PETANG DIMULAI, KAMI MENGANGKAT LAGU SYUKUR YANG BERTAJUK 'GIVE THANKS' DAN SETELAH ITU DOA MAKAN BERSAMA. ACARA SELESAI PADA JAM 3:00 PETANG. SETELAH SELESAI, BARU TERSEDAR YANG KAMI TERLUPA UNTUK AMBIL 'GROUP PHOTO'.. HEHE, ANYWAY BERIKUT DISERTAKAN BEBERAPA GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL WAKTU ITU. SEMOGA TERHIBUR DAN TUHAN MEMBERKATI.

OLEH:
Editor sidang Redaksi

Gambar-gambar semasa Fellowship Tahun Baru Cina :-











Comel nya 2 anak kecil ini. macam comel je, macam lapar je (hehe)

Sunday, 26 January 2014

Gathering KTM Wilayah Kota Kinabalu yang pertama bagi Tahun 2014

GATHERING KTM WILAYAH KOTA KINABALU PADA 26 JANUARI 2014

Salam Damai Rakan-Rakan KTMers yang seiman dalam Kristus.

Kepada semua kawan-kawan KTM, berikut saya ingin kongsikan serba sedikit program yang telah berlangsung kelmarin 26 Januari 2014 (Ahad) bertempat di Bilik LG15, Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu, jam 2:00 Petang - 6:30 Petang. Jadi kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk menyertai program ini kelmarin, jangan risau, kerana anda semua dan kita semua dapat menatap gambar-gambar yang telah diambil pada acara tersebut. Lebih kurang sekitar 45 orang yang telah menyertai acara ini yang terdiri daripada anggota KTM sendiri, ahli keluarga dan staf-staf Katedral Sacred Heart.

Acara pada jam 2:00 Petang telah dimulakan dengan lagu Roh Kudus iaitu Berhembuslah Roh Kudus dan doa pembukaan dan seterusnya doa makan dipimpin oleh Sdri. Marysia (Pelayan Distrik Kota Kinabalu). Kemudian setelah selesai acara makan bersama, Doa Rosari diadakan yang dipimpin oleh Sdri. Veronica (Pelayan Wilayah Kota Kinabalu).

Setelah itu, Praise and Worship diadakan iaitu lagu-lagu yang memang menjadi favourite semua Hari Ini Ku Rasa Bahagia (Sdri. Sylvenah), Jangan Lelah (Sdri. Novina), Gelora Sukacita (Sdri. Barbara) dan lagu Roh Kudus bertajuk Allah Roh Kudus (Sdri. Ben Wong). Dan selepas itu, barulah acara Games dimulakan yang dipimpin oleh Sdri. Margaret. Games waktu itu ialah Musical Chair dan cabutan nombor bertuah dan nombor yang bertuah waktu itu ialah No. 21 .. Nah, memang bertuahkan 'sweet 21' bah itu.. Hahah..

Kita bersyukur kerana sewaktu acara 'Exchange Gift', kehadiran Dikon Rhobby Aaron Mojolou telah memeriahkan lagi majlis gathering ini. Seramai 36 orang yang mengambil bahagian dalam acara Exchange Gift ini. Memang meriah dan semua juga gembira dengan hadiah yang mereka dapat dan tambah meriahnya lagi iaitu acara kemuncak, membuka hadiah beramai-ramai..Nah ini kalilah dorang semua kasi tayang present dorang dapat.. Ada yang saiz kicil, saiz basar, ada cokelat, ada patung Bonda Maria dan macam-macam lagi. Anyway, Tahniah kepada semua yang hadir.

Acara selesai pada jam 6:45 Petang dengan disertai oleh renungan singkat oleh Dikon Rhobby dan seterusnya doa penutup.. Dan setelah itu, semua menyanyikan lagu tema KTM 'Kasih Persaudaraan' dan lagu syukur 'T'rima kasih Yesus ..

Syukur pada Tuhan! Tuhan memberkati.